Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam perkenalan dan ukhuwah cikgu ucapkan. Blog "bila cikgu numora menulis"
dibina semata-mata untuk perkongsian ilmu dan pendapat terutama kepada warga SMK BPJ(A).
Bagi yang belum mengenali diri ini, jom kita kenal-kenal dulu :)
Nama cikgu Nurhasliza binti Mohammad Razani. Sengaja blog ini diberi nama 'numora' sempena singkatan nama penuh cikgu. Panggilan cikgu Liza sudah sebati dengan cikgu.
Cikgu berasal dari Kelantan dan pernah mengajar di SMK Lanang, Sibu, Sarawak selama 2 tahun dalam opsyen Bahasa Malaysia & Pendidikan Moral.
Mendapat pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan memegang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Biologi)
Cikgu telah mendirikan rumah tangga pada 12 Mac 2011 dan
bakal menimang anak yang pertama pada bulan Februari nanti.
Itu sahaja serba sedikit mengenai diri ini.
Semoga babak-babak baru kehidupan sebagai cikgu SMK BPJ(A) dapat dirakam di sini sebagai kenangan terindah kehidupan seorang insan bergelar cikgu.